Sunday, December 21, 2014

PART-TIME

Assalamualaikum blog yang berhabuk lagi tidak fofular.

Adoi aku kan kalau nak start menaip ni mula la nerves semacam, tangan pun sejuk2. mihmihmih. poyo je.

Tinggal lagi sebulan je sebelum majlis. Dah siap prepare ke tu fayyadhah oii? ahaha. Ok sebenarnya bukan pasal tu aku nak cite. Bosan la kenn kalau dok cite benda tu je.

Ok aku sebenarnya dah lama tao nak cari kerja partime ni. Tapi bila time je nak pergi kerja, syaiton mula lah hasut-hasut suruh sambung tidur. fuh menduga betul. Banyak kali jugak jadi sebenarnya.

Aku ni saje je carik keje partime, yelah keje aku kat ofis pun bukannya menggunakan kudrat aku sepenuhnya. Ade keje busy la, takde keje melangut aku depan komputer. Hah macam sekarang nilah. hihihi. Haritu ada sekali aku call sushi king, konon nak buat parttime sabtu ahad lah. Dah call HQ bagai dah ni. 1 hari aku senyum setaman punya seronok nak keje partime. Siap kira hari lagi nak sampai hari sabtu. Pejam celik je tetiba dah sabtu. Biasa la subuh je lepastu mula termenung atas katil. Terdiam kejap.... hmmm. ok bangun jap lakukan yang wajib. Dah sudah duduk kejap. hmmmm ... mata mula memberat, rasa macam di dodoi-dodoi je. Last2 aku tertido balik, bangun2 dah tengahari (ciss bangun kemain lambat lagi). Pastu poyo tersedar buat-buat nyesal sbb tertido balik lepas subuh. PUIHHHH sangat perangai..

Lepas kejadian malang walang kaliang itu, aku dapat text dari mak sedare aku. "Manje tolong makusu dekat kedai." Tegak kejap kepala aku. Dengan makusu aku ni memang dari dulu aku selalu tolong dia, dia pun jenis tak berkira aku nk dtg keje, balik keje kul bpe. Dia tetap akan bayar. Curlasss sgtt.

Jadi, rezeki jangan ditolak malapetaka jangan dicari. Bangun pagi tu masa bertafakur kejap aku tao dah syaiton akan mendodoi. Eii ikut hati mau je aku azan kuat-kuat dekat telinga dia biar terbakar sume syaiton nir rojim tu. Dengan azam dan tekad aku berdiri teros mandi siap-siap dannn walaahhh aku pegi gak kerja partime aku tu. bhahahaha.

2 hari aku keje ni ok lah. Sebab jenis aku dari dulu memang suka kerja-kerja macamni. Lepastu berangan masa tengah lap meja ada abang kacak muka macam samuel rizal mengorat sambil lepastu aku tunjuk jalan rumah aku untuk dia terus meminang. Bhahaha. Perangai tu perangai sangat, baca dek fazli mampos kena tibai  ahaha. Penat tu jangan cite lah, nak putus urat kaki aku ni berdiri,jalan, macam orang gila. Tapi ahad tu bila dapat gaji fuhh rasa nak cium dahi makusu aku. muahahahaha. Alhamdulillah, cukup lah untuk aku buat isi duit minyak dan lepas makan dekat kantin kak ani yang lauknya sama setiap hari tu :')   .

So setiap orang mesti ada pengalaman kerja partime kan? Hidup ni betul tao, penuh dengan pilihan. Antara nak dengan taknak, dan antara mengikut iman didada atau termakan hasutan syaiton nir rojim yang membencikan. hahaha.

Moga kita semua dipermurahkan rezeki yang halal :') . Rajin lagi yad!!

psst psst mai pekena cendol bakar sat. hihihi











mari sini sekejap :)

2 comments:

  1. krrikkk ooo kerja part time kawan ak ni..
    (sambil niat ada yg nak ngorat) woi bakal pengantin..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahahahaha haruslaa weiiiii. sila lah datang melawat. ahahaaa

    ReplyDelete